Sekapur Sireh

Assalamualaikum ......

Blog Masjid Kg Kuala Menjing ini diwujudkan adalah sebagai medium antara pihak masjid dengan masyarakat kampung dan anak-anak kampung diperantauan untuk berkongsi sebarang aktiviti terkini atau hebahan semasa. Sebarang maklumat terkini atau idea/cadangan untuk memantapkan lagi blog ini amatlah dialu-alukan. Kepada yang ingin menyumbangkan idea/cadangan bolehlah menghantar emel kepada pihak admin di alamat masjidkkm1@gmail.com

Wasalam

Sekian terima kasih
Admin

Monday 11 July 2016

Posted by Unknown Posted on 10:22 | No comments

Wajah-wajah Hari Raya Aidilfitri 1437H / 2016M


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Semoga Aidilfitri kali ini mengeratkan ukhwah antara anak-anak kampung Kuala Menjing. Sedikit gambo yang dapat dirakam oleh lensa henfon admin.


















Sunday 10 November 2013

Posted by Unknown Posted on 10:57 | No comments

Kerja Pembinaan Dimulakan

Kerja-kerja pembinaan menaiktaraf masjid sudah dimulakan dengan cara gotong royong sesama penduduk kampung. Kepada para penderma yang ingin menderma samada dalam bentuk kewangan atau barangan amatlah dialu alukan. Sila berhubung dengan Tok Bilal Mansor di talian 013- 9170839



Ehsan : Facebook Kampng Kuala Menjing

Wednesday 2 October 2013

Posted by Unknown Posted on 13:11 | No comments

Mohon Sumbangan Menaiktaraf Masjid

(Sila Klik Tajuk)

Assalamualaikum wbt.
YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan....


Pihak pengurusan Masjid Kamgpun Kuala Menjing bercadang untuk menaiktaraf bangunan masjid sedia ada serta keadaan tandas yang agak uzur. Cadangan pembinaan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada para jemaah terutamanya ketika bulan Ramadhan dan Syawal. Kos pembinaan adalah dianggarkan lebih kurang RM150 ribu. Kos ini adalah termasuk pembinaan bangunan serta kelengkapan kelas KAFA untuk pembangunan insianiah anak-anak kampung Kuala Menjing. (Sila rujuk sini )

Pihak jawatankuasa masjid amat berharap sumbangan YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan terutamanya anak-anak kampung yang sekarang telah berhijrah atau masih menetap di kampung atau yang berkerja di perantauan atau bekerja di kampung untuk merialisasikan cadangan menaiktaraf masjid ini. Sumbangan daripada pihak luar juga amat-amat dialukan.

Pihak jawatankuasa masjid juga berharap YBhg Datu/Datin/Tuan/Puan boleh sama-sama membantu mengwar-warkan  berkenaan cadangan naiktaraf masjid Kampung Kuala Menjing kepada saudara mara, sahabat handai, syarikat -syarikat, badan korporat supaya mereka dapat menginfakkan dana untuk meralisasikan cadangan ini.

Untuk  maklumat lanjut,  YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Bilal Mansur Bin Hassan ditalian 013-9170839 atau terus membuat sumbangan ke akaun beliau (AGROBANK : 2006-551-0000-8285).

Sekali lagi kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas usaha YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan. Semoga sumbangan dan usaha ikhlas ini dirahmati Allah S.W.T dan mendapat ganjaran yang setimpal daripadaNya. Wassalam



Monday 5 August 2013

Posted by Unknown Posted on 13:05 | No comments

Selamat Datang

Assalamualaikum..

Selamat datang ke blog Masjid Kg. Kuala Menjing.
  • Pelawat