Sekapur Sireh

Assalamualaikum ......

Blog Masjid Kg Kuala Menjing ini diwujudkan adalah sebagai medium antara pihak masjid dengan masyarakat kampung dan anak-anak kampung diperantauan untuk berkongsi sebarang aktiviti terkini atau hebahan semasa. Sebarang maklumat terkini atau idea/cadangan untuk memantapkan lagi blog ini amatlah dialu-alukan. Kepada yang ingin menyumbangkan idea/cadangan bolehlah menghantar emel kepada pihak admin di alamat masjidkkm1@gmail.com

Wasalam

Sekian terima kasih
Admin

Assalamualaikum wbt.
YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan....

Piahk pengurusan Masjid Kamgpun Kuala Menjing bercadang untuk menaiktaraf bangunan masjid sedia ada serta keadaan tandas yang agak uzur. Cadangan pembinaan ini adalah untuk memberi keselesaan kepada para jemaah terutamanya ketika bulan Ramadhan dan Syawal. Kos pembinaan adalah dianggarkan lebih kurang RM150 ribu. Kos ini adalah termasuk pembinaan bangunan serta kelengkapan untuk kelas KAFA bagi pembangunan insianiah anak-anak kampung Kuala Menjing.

Pihak jawatankuasa masjid amat berharap sumbangan YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan terutamanya anak-anak kampung yang  telah berhijrah atau masih menetap di kampung atau yang berkerja di perantauan atau bekerja di kampung untuk merialisasikan cadangan menaiktaraf masjid ini. Sumbangan daripada pihak luar juga amat-amat dialukan.

Pihak jawatankuasa masjid juga berharap YBhg Datu/Datin/Tuan/Puan boleh sama-sama membantu mengwar-warkan  berkenaan cadangan naiktaraf masjid Kampung Kuala Menjing kepada saudara mara, sahabat handai, syarikat -syarikat, badan korporat supaya mereka dapat menginfakkan dana untuk merialisasikan cadangan ini.

Untuk membuat sumbangan/ maklumat lanjut,  YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan boleh menghubungi Bilal Mansur Bin Hassan di talian 013-917 0839

Sekali lagi kami ucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas usaha YBhg Datuk/Datin/Tuan/Puan. Semoga sumbangan dan usaha ikhlas ini dirahmati Allah S.W.T dan mendapat ganjaran yang setimpal daripadaNya. Wassalam

 LAKARAN CADANGAN MENAIKTARAF MASJID KAMPUNG KUALA MENJING

Cadangan Bangunan utama

Cadangan Ruang Hadapan

Cadangan Tandas

STATUS TERKINI PEMBINAAN BANGUNAN KELAS KAFA



~ Pembinaan sehingga bulan Julai 2013 ~









0 comments:

Post a Comment

  • Pelawat